Tertarik dengan kata-kata para lecturers disini - Kita sekarang ini lebih berkomunikasi dengan mesin. Kita terlalu bergantung dengan teknologi hinggakan, kalaulah ditakdirkan semua teknologi ini tiada maka susahlah hidup kita.
Ramai anak muda zaman ini lebih suka berkomunikasi dengan mesin. betulkan? tak percaya? dalam masa sehari, berapa banyak SMS yang anda hantar? berapa lama masa yang diperuntukkan dihadapan komputer/TV? berapa banyak panggilan yang dibuat? katakan semua masa yang kita guna bagi berkomunikasi dengan mesin ini melebihi masa kita betul-betul bersembang dengan rakan dan membuat aktiviti bersama, apa akan terjadi pada diri kita dalam masa 2 - 3 tahun akan datang? mampukah kita berkomunikasi dengan manusia seperti biasa? mungkinkah abiliti sosial kita akan terjejas? renungkan.
Telah berlaku kejadian dimana kanak-kanak ini menjadi lemah dalam bersosial kerana mesin. Manakan tidak, diajar berkomunikasi pada usia yang muda. Meluangkan masa bersama komputer berbanding bermain dengan rakan-rakan. Diakui, Mizu juga tergolong dalam kelompok ini. tertarik dengan teknologi dari usia yang muda lantas mengabaikan masa kecil bersama rakan demi permainan video. Obsesnya Mizu dengan permainan video hingga sanggup menceroboh kawasan sekolah untuk ke bilik komputer pada waktu itu. Nakal kan? sudah tentu, aktiviti menceroboh ini dilakukan bersama teman tapi Alhamdulillah teman yang disebut itu bijak membahagikan masa bersosial dan masa bersama mesin. Kalau tidak, senasib lah kami-kurang pandai berkomunikasi dengan insan lain.
Tujuan entry ini ditulis sebenarnya untuk memperingati diri dan pembaca, jikalau pada masa hadapan kita mempunyai anak, elakkan seberapa banyak yang boleh dari mereka mengenali teknologi yang melalaikan ini. biarkan mereka membesar bersama rakan-rakan dan memperoleh elemen-elemen yang penting dalam bersosial. Ditakutkan jika anak dibesarkan dalam persekitaran mesin yang berlebihan, kelak mereka akan kurang abilti berkomunikasi dengan manusia.
~*MiZU*~

2 other's view:
Xdpt dinafikan mesin ni la yg memudahkan manusia, tp mesin ni jugak yg menyusahkan manusia. Yela, bygkan kalo xde telepon. Nak tggu surat kan lame~~ Kalo melibatkan kematian dah tanam agaknye bru kite sampai~~~
yep. ada baiknya dan ada buruknya.
cuma pandai2 la ambil yg elok yah..
budak2 kan xtau lg baik buruk, sebagai yg lebih dewasa dan berpengalaman, kita kena la tlg diorang bezakan.. =)
Post a Comment